Dari Allah kita datang, pada Dia jua kita akan kembali.
ada perkara yang kita dah tahu, tapi kita tak rasa. Ada perkara yang kita sekadar tahu tapi kita tak ambil peduli.
Tapi, ketahuilah..ujian yang Allah timpakan pada tiap orang adalah
berbeza. Mungkin ujian itu kita nampak kecil, tapi pada orang lain, amat
berat ujiannya. Dan mungkin sebuah ujian itu kita nampak berat, tapi
jiwa yang lapang dadanya akan menganggap ujian itu kecil. Pada akhirnya,
kita berdoa semoga setiap ujian kecil ataupun besar,.ucapkanlah
"innalillahi wainna ilaihi rojiun".
kerana Nabi SAW telah
bersabda bahawa tidak ditimpakan ujian ke atas seorang mukmin melainkan
bagi menghapus dosa-dosanya. Allahu akbar :')
No comments:
Post a Comment