Wednesday, 27 May 2015

Monolog

Dari Allah kita datang, pada Dia jua kita akan kembali.
ada perkara yang kita dah tahu, tapi kita tak rasa. Ada perkara yang kita sekadar tahu tapi kita tak ambil peduli.
Tapi, ketahuilah..ujian yang Allah timpakan pada tiap orang adalah berbeza. Mungkin ujian itu kita nampak kecil, tapi pada orang lain, amat berat ujiannya. Dan mungkin sebuah ujian itu kita nampak berat, tapi jiwa yang lapang dadanya akan menganggap ujian itu kecil. Pada akhirnya, kita berdoa semoga setiap ujian kecil ataupun besar,.ucapkanlah "innalillahi wainna ilaihi rojiun".
kerana Nabi SAW telah bersabda bahawa tidak ditimpakan ujian ke atas seorang mukmin melainkan bagi menghapus dosa-dosanya. Allahu akbar :')

Tuesday, 26 May 2015

Istimewanya perempuan

..Istimewa Nya Perempuan..
"Ketika Allah
menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"
Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".
Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
"Untuk apa???", tanya malaikat.
Allah melanjutkan,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis,
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Diaa gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,
Tapi dia mampu mengatasinya.
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
"CINTANYA TANPA SYARAT".
Allahuakbar... specially dedicated to semua wanita wanita...kamu begitu berharga.
wallahua'lam

Ungkapan Maaf

meminta maaf dan memaafkan tak menjadikan diri seseorang itu hina
tapi amalan itu sangat mulia disisi ALLAH
walaupun kesalahan itu sentiasa berulang dan diakhiri dengan meminta maaf dan memaafkan dan ianya berulang dan diakhiri dengan kemaafan.. nilai itu sangat mulia di sisi ALLAH,
dan tak semua manusia mampu merendahkan EGOnya, rendahkan kesombongan dalam diri untuk meminta maaf...
orang yang selalu buat sebegini meminta maaf dan memaafkan,
kerana kita taktahu bila kita akan pergi menghadap sang ILLAHI
kerana kita tak tahu bila kita tidor kita akan bangun atau tidak pada hari seterusnya...
dalam kehidupan sentiasalah meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang walaupun ianya berulang kerana manusia tak lari dri kesilapan
‪#‎hati‬ kita akan bersih jika kita sentiasa memaafkan...disitu ia mengajar mendidik hati yang keras..

Muhasabah Diri

kadangkala, kita hilang arah.. Kita melakukan kesilapan. Kita menghabiskan masa pada benda yang salah. Kita terlalu mengejar kekayaan. Kita tidak menghiraukan batas dosa pahala, etika dan moral. Kita jatuh terlalu dalam ke lembah yang curam, kita mengikut nafsu. Kita menipu. Kita mencuri. Kita memperdayakan orang lain. Kita sombong kepada rakan-rakan kita. Kita melihat kesalahan dan jenayah didepan mata tetapi kita hanya lebih memilih mendiamkan diri.
daun yang telah gugur takkan kembali bercantum. tapi dari ranting yang sama, akan tumbuh daun baru yang lebih hijau dan segar, inshaAllah.
itulah yang dipanggil keseimbangan. jika sesuatu pergi, inshaAllah akan datang sesuatu yang lebih baik. kita manusia, harus redha.
kerana sekuat apa kita mahu sesuatu itu kekal, jika ia pergi ia akan pergi. lalu lepaskanlah. kerana takdir bukan sesuatu yang kita kawal.
ramai yang bersedih kalau ada bunga gugur. sayangnya bunga cantik itu gugur. tapi mereka lupa harus ada yang gugur sebelum tumbuh yang baru.
itulah hati. mungkin ada masanya kecewa, sakit, dikhianati. tapi itulah yang nanti akan membuat kita lebih tabah di masa hadapan.
bunga gugur sebab nak hasilkan bunga baru. kita kena rasa kecewa baru boleh tahu apa itu erti bahagia.
dan bunga yang gugur tu tak sia-sia. ia jadi baja untuk pokok, supaya pokok boleh hasilkan bunga baru yang lebih cantik.
itulah kita dan masa lalu. betapa pahitnya pun ia, itulah mendewasakan kita. kan?
sabar. ikhlas. redha. fix yourself for a better future. kita tak boleh masa lalu. kita cuba boleh ubah diri sendiri, agar kita boleh mencipta masa depan yang lebih baik.
- sederhanaindah

Monday, 25 May 2015

Think Positif



Jangan terlalu resah memikirkan masalah ini.
Segera membuang pemikiran yang keliru yang bersarang dalam fikiran anda bahawa bila belum adanya pemuda datang melamar, bermakna terdapat kekurangan pada diri anda atau kewanitaan yang dimiliki..

Sunday, 31 August 2014

Puding susu buah-buahan

Assalamualaikum uolls ... hihi .. sempena hari merdeka ni kan nak jugak lah ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 tahun
dan sempena merdeka ni kan terasa rajin nak buat puding susu buah-buahan 
jom singgah tgok sat resepi ni 
^_^

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

  

bahan-bahan (1 loyang besar )
  1. 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  2. 2 biji telur
  3. 4 cawan air
  4. 1/2 tin susu cair
  5. 1 cawan gula
  6. 2-3 sudu besar tepung kastad
  7. 1 tin fruit cocktail 
cara-cara membuat :
  •  masak agar2 dgn air dan gula hingga larut
  • pukul telur & campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan
  • bila campuran agar2 dah larut, masukkan susu cair.
  • bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktail.
  • masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  • sejukkan dan siap untuk dihidang
  • untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad.
  • campurkan saja dan perlu disimpan di dalam peti sejuk 
done ^_^
banyak lgi resepi korang boleh belajar .. jom tgok link ni
http://resepialachef.blogspot.com/2014/07/resepi-puding-susu-buah-buahan.html 

Saturday, 30 August 2014

Roti cheese Goreng

Assalamualaikum semua ;-) 
dah alang2 dekat kampung skrg ni kn mula lah tgn ni nak buat something yang mudah , ringkas dan sedap 
huh nak tahu ap .. hari ni mcm rajin skit nak buat sarapan pagi  hihi
hari ni nak buat  ROTI CHEESE GORENG 
sedap taw .. jom tengok apa resepinya 

RESEPI ROTI CHEESE GORENG


bahan-bahan 
  1. 4 keping roti gardenia
  2. 2 keping cheese
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 2 sudu besar tepung pulut
  5. 2 sudu besar tepung beras
  6. 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  7. 1/2 sudu teh garam
  8. 2 sudu besar minyak masak 
cara membuatnya 
  1. campur semua tepung dlam mangkuk, masukkan garam,kunyit. bancuh dgn air secukupnya .
  2. cairkan mcm nak buat tpung goreng pisang tuu
  3. masukkan minyak msak dalam kuali dan panaskan 
  4. ambil 2 keping roti dan letakkan cheese ditengahnya
  5. celup dlm tepung 
  6. goreng hingga kekuningan 
siap untuk dihidang ,,, makan panas2 dengan air kopi time hujan2 nihh memg sedap ... hihi
okey guys selamat mencuba yer ^_^

nak share link ni jugak kalau korang nk cuba buat bermcm aneka kek kn bolh tgk link ni https://www.facebook.com/AstiniCake

Saturday, 9 August 2014

Siakap 3 rasa

Assalamualaikum semua .. okey da lama da xpost resepi at blog ni ...
jejari ni dah gatal nak menaip ... hihi
okeyy .. hari ni saya nak share satu resepi yang mudah , ringkas dan sedap ...
ni klau berpeluang untuk balek ke kampung memang ni lah masakan yang akan saya buat ...
mehh tengok kjap ok ...
menu hari ini ialah ikan siakap tiga rasa .. actually nak guna ikan lain pon boleh .. ikot kesesuaian korang lah ...

okey !!!

bahan untuk ikan

  • seekor ikan siakap (yg telah dibersihkan)
  • minyak masak 
  • sedikit tepung (untuk sapu pd ikan)
  • secukup rasa & garam (untuk sapu pd ikan )
bahan untuk kuah 
  • 2biji bawang merah {dipotong dadu}
  • 6 biji bawang putih {dicincang halus)
  • 5 biji cili padi {dipotong kecil }
  • 1 inci halia {dihiris halus}
  • 1 biji tomato {dipotong dadu}
  • sedikit nanas {dipotong dadu}
  • 4sudu besar sos tomato
  • 4sudu besar sos cili
  • 4sudu besar sos tiram
  • 4sudu besar sos ikan 
  • 2batang serai -diketuk
  • beberapa helai daun limau purut
  • gula secukup rasa
  • sedikit cukup rasa maggi
  • minyak untuk menumis


cara membuatnya :
  1. ikan dibersihkan & ditoskan 
  2. sapukan ikan dengan serbuk secukup rasa & sedikit garam. pastikan semua bahagian disapu rata.
  3. kemudian sapukan pula tepung jagung . sapu kedua-dua belah bahagian ikan trmsuk bhgian dlm.
  4. panaskan minyak yg bnyk di dalam kuali. pastikan minyak betul2 panas barulah masukkan ikan tdi
  5. setelah ikan garing, angkat & ketepikan
  6. panaskan minyak dlm kuali yg lain. tumiskan cili padi, halia, serai dan bawang putih.
  7. setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan . 
  8. masukkan bawang besar, tomato & nanas
  9. masukkan sedikit air, tambahkn garam, guka dan secukup rasa.
  10. biarkan kuah mereneh seketika. setelah agak pekat & curahkan di atas ikan yg telah digoreng tadi 
okey .. siap ... selamat mencuba ..

Thursday, 7 August 2014

Laksa Johor

LAKSA JOHOR 


bahan A 

  • 1kg ikan kembung direbus & diambil isinya
  • 500 gram ikan parang / ikan tenggiri direbus & diambil isinya  (ambil air rebusan ikan ) - sebahagian untk mengisar bahan A, sebahagian lagi untk dicampur kedalam kuah laksa
  • 500 gram udang basah direbus dan diambil isinya (air rebusan udang : basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dgn mangkuk besar air)
  • 3keping ikan kurau masin
  • 4sudu besar udang kering } direbus bersama udang basah
  • 1 genggam ikan bilis } direbus bersama udang basah
kesemua bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi 

bahan B 
  • 20 tangkai cili kering
  • 15 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 batang serai
  • 4cm halia
  • 4cm lengkuas
  • 2cm kunyit
  • 1/2 keping belacan
  • 9 sudu besar ketumbar
  • 3 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar jintan manis
  • 1 peket kecil kerisik 
kesemua bahan B diatas dikisar

bahan C 
  • 1 kepal / genggam asam jawa
  • 1 cawan air - air asam jawa
  • 2 biji kelapa parut - diambil santan pekatnya
  • 3 sudu besar gula melaka
  • 1 mangkuk besar air rebusan udang dan air rebusan ikan
  • ajinomoto, gula, garam secukup rasa
  • 1 peket rempah kari ikan 
  • minyak secukup rasa 
cara menyediakan 
  1. panaskan minyak , kemudian tumiskan bahan B hingga wangi 
  2. kemudian masukkan bahan A dan kacau rata
  3. masukkan bahan C dan kacau rata
  4. didihkan dan masak sehingga molek pekatnya, kepekatan kuah adalah mengikut citarasa masing2
  5. apabila kuah telah masak, hidangkan bersama mee laksa 
SELAMAT MENCUBA
boleh lihat di link ini yer .. :)