Sunday, 31 August 2014

Puding susu buah-buahan

Assalamualaikum uolls ... hihi .. sempena hari merdeka ni kan nak jugak lah ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57 tahun
dan sempena merdeka ni kan terasa rajin nak buat puding susu buah-buahan 
jom singgah tgok sat resepi ni 
^_^

PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

  

bahan-bahan (1 loyang besar )
  1. 1 paket serbuk agar2 (11gm)
  2. 2 biji telur
  3. 4 cawan air
  4. 1/2 tin susu cair
  5. 1 cawan gula
  6. 2-3 sudu besar tepung kastad
  7. 1 tin fruit cocktail 
cara-cara membuat :
  •  masak agar2 dgn air dan gula hingga larut
  • pukul telur & campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan
  • bila campuran agar2 dah larut, masukkan susu cair.
  • bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktail.
  • masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  • sejukkan dan siap untuk dihidang
  • untuk kuah campurkan 300ml susu, air dari buah koktel, 2 sudu gula dan 1 sudu tepung kastad.
  • campurkan saja dan perlu disimpan di dalam peti sejuk 
done ^_^
banyak lgi resepi korang boleh belajar .. jom tgok link ni
http://resepialachef.blogspot.com/2014/07/resepi-puding-susu-buah-buahan.html 

Saturday, 30 August 2014

Roti cheese Goreng

Assalamualaikum semua ;-) 
dah alang2 dekat kampung skrg ni kn mula lah tgn ni nak buat something yang mudah , ringkas dan sedap 
huh nak tahu ap .. hari ni mcm rajin skit nak buat sarapan pagi  hihi
hari ni nak buat  ROTI CHEESE GORENG 
sedap taw .. jom tengok apa resepinya 

RESEPI ROTI CHEESE GORENG


bahan-bahan 
  1. 4 keping roti gardenia
  2. 2 keping cheese
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 2 sudu besar tepung pulut
  5. 2 sudu besar tepung beras
  6. 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  7. 1/2 sudu teh garam
  8. 2 sudu besar minyak masak 
cara membuatnya 
  1. campur semua tepung dlam mangkuk, masukkan garam,kunyit. bancuh dgn air secukupnya .
  2. cairkan mcm nak buat tpung goreng pisang tuu
  3. masukkan minyak msak dalam kuali dan panaskan 
  4. ambil 2 keping roti dan letakkan cheese ditengahnya
  5. celup dlm tepung 
  6. goreng hingga kekuningan 
siap untuk dihidang ,,, makan panas2 dengan air kopi time hujan2 nihh memg sedap ... hihi
okey guys selamat mencuba yer ^_^

nak share link ni jugak kalau korang nk cuba buat bermcm aneka kek kn bolh tgk link ni https://www.facebook.com/AstiniCake

Saturday, 9 August 2014

Siakap 3 rasa

Assalamualaikum semua .. okey da lama da xpost resepi at blog ni ...
jejari ni dah gatal nak menaip ... hihi
okeyy .. hari ni saya nak share satu resepi yang mudah , ringkas dan sedap ...
ni klau berpeluang untuk balek ke kampung memang ni lah masakan yang akan saya buat ...
mehh tengok kjap ok ...
menu hari ini ialah ikan siakap tiga rasa .. actually nak guna ikan lain pon boleh .. ikot kesesuaian korang lah ...

okey !!!

bahan untuk ikan

  • seekor ikan siakap (yg telah dibersihkan)
  • minyak masak 
  • sedikit tepung (untuk sapu pd ikan)
  • secukup rasa & garam (untuk sapu pd ikan )
bahan untuk kuah 
  • 2biji bawang merah {dipotong dadu}
  • 6 biji bawang putih {dicincang halus)
  • 5 biji cili padi {dipotong kecil }
  • 1 inci halia {dihiris halus}
  • 1 biji tomato {dipotong dadu}
  • sedikit nanas {dipotong dadu}
  • 4sudu besar sos tomato
  • 4sudu besar sos cili
  • 4sudu besar sos tiram
  • 4sudu besar sos ikan 
  • 2batang serai -diketuk
  • beberapa helai daun limau purut
  • gula secukup rasa
  • sedikit cukup rasa maggi
  • minyak untuk menumis


cara membuatnya :
  1. ikan dibersihkan & ditoskan 
  2. sapukan ikan dengan serbuk secukup rasa & sedikit garam. pastikan semua bahagian disapu rata.
  3. kemudian sapukan pula tepung jagung . sapu kedua-dua belah bahagian ikan trmsuk bhgian dlm.
  4. panaskan minyak yg bnyk di dalam kuali. pastikan minyak betul2 panas barulah masukkan ikan tdi
  5. setelah ikan garing, angkat & ketepikan
  6. panaskan minyak dlm kuali yg lain. tumiskan cili padi, halia, serai dan bawang putih.
  7. setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan . 
  8. masukkan bawang besar, tomato & nanas
  9. masukkan sedikit air, tambahkn garam, guka dan secukup rasa.
  10. biarkan kuah mereneh seketika. setelah agak pekat & curahkan di atas ikan yg telah digoreng tadi 
okey .. siap ... selamat mencuba ..

Thursday, 7 August 2014

Laksa Johor

LAKSA JOHOR 


bahan A 

  • 1kg ikan kembung direbus & diambil isinya
  • 500 gram ikan parang / ikan tenggiri direbus & diambil isinya  (ambil air rebusan ikan ) - sebahagian untk mengisar bahan A, sebahagian lagi untk dicampur kedalam kuah laksa
  • 500 gram udang basah direbus dan diambil isinya (air rebusan udang : basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dgn mangkuk besar air)
  • 3keping ikan kurau masin
  • 4sudu besar udang kering } direbus bersama udang basah
  • 1 genggam ikan bilis } direbus bersama udang basah
kesemua bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi 

bahan B 
  • 20 tangkai cili kering
  • 15 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 batang serai
  • 4cm halia
  • 4cm lengkuas
  • 2cm kunyit
  • 1/2 keping belacan
  • 9 sudu besar ketumbar
  • 3 sudu besar jintan putih
  • 3 sudu besar jintan manis
  • 1 peket kecil kerisik 
kesemua bahan B diatas dikisar

bahan C 
  • 1 kepal / genggam asam jawa
  • 1 cawan air - air asam jawa
  • 2 biji kelapa parut - diambil santan pekatnya
  • 3 sudu besar gula melaka
  • 1 mangkuk besar air rebusan udang dan air rebusan ikan
  • ajinomoto, gula, garam secukup rasa
  • 1 peket rempah kari ikan 
  • minyak secukup rasa 
cara menyediakan 
  1. panaskan minyak , kemudian tumiskan bahan B hingga wangi 
  2. kemudian masukkan bahan A dan kacau rata
  3. masukkan bahan C dan kacau rata
  4. didihkan dan masak sehingga molek pekatnya, kepekatan kuah adalah mengikut citarasa masing2
  5. apabila kuah telah masak, hidangkan bersama mee laksa 
SELAMAT MENCUBA
boleh lihat di link ini yer .. :)

Sunday, 27 July 2014

Raya Aidilfitri

Dalam GURAU ada terkata,
dalam BICARA terkasar bahasa,
dalam TINDAKAN terguris rasa,
dalam HIDUP  tak ada yang tak dosa...
satu syawal menjelang tiba
takbir bergema mengegarkan jiwa,
sekiranya ada salah dan dosa
Ampun dipinta dihari mulia
ketupat pulut di atas para
hendak direbus di tepi perigi,
sms dihantar penganti kad raya
tanda ingatan di aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI SAYA ALIN AMALINA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Thursday, 10 July 2014

yeahh!!! hari ni nak balek kampung ... hehehe
#macam_dah_lama_jer_tak_balik_kan
hahahah


Kek Coklat Basah

psssttt !!! nak share satu resepi ni .. selalu jugak lah buat time cuti blek kmpng kn n boleh di kata kan my favourite n si dia ..  haha
nak thu apa resepinya
meh tgok cini ... ^_^


bahan -bahan :
- 2biji telur
- 1cawan minyak masak
- 1cawan gula pasir
- 1cawan gula perang

Bahan A :
- 1sudu kecil vanila
- 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
- 1/2 cawan air campur dgn 2sudu kecil nescafe

Bahan B :
- 2sudu kecil sodium bicarbonate
- 1sudu kecil baking powder
- 1/2 cawan serbuk koko
- 2cawan tepung gandum

Topping :
- 1/2 cawan koko
- 1/2 cawan susu pekat
- 1sudu besar minyak masak

cara-cara:

  1. pukul telur hingga kembang
  2. masukkan gula dan pukul lagi
  3. kemudian masukkan minyak masak
  4. ayak semua bahan B & masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. gaul sehingga sebati 
  5. bakar pada suhu 170 degree selama 1jam atau sehingga masak
  6. untuk toppingnya, masukkan semua bahan ke dalam periuk dgn api kecil & panaskan smpai nmpk dah ok .. letak je atas kek yang dh sejuk 
siap !!! nyum3 ,,,  nak tengok banyak lgi resepi kek boleh tgok link ni yer https://www.facebook.com/AnekaResepiKek?ref=br_tf

Thursday, 3 July 2014

sedarlah bahawa ketika kau menitiskan air mata, itu tandanya Tuhan sedang memanggilmu untuk jatuh cinta kepada-Nya lagi setelah lama kau melupakan-Nya dalam gembira dan tawamu.
trial will make you stronger. pain will make you harder. fear will make you braver. heartbreak will make you wiser.


Dinner with student DBIS sem 3 .. miss this moment